Saturday, 20 December 2008

Alberto Korda

Forget the camera, forget the lens, forget all of that. With any four-dollar camera, you can capture the best picture.


Alberto Korda

Thursday, 11 December 2008

Kerja baru

Jumaat - 12 Disember - 2.00 pagi

Hmm... aku memang rasa nak blah sangat dah dari sini. Reason dia nak carik kerja yang gaji lebih dari sini lah. Tapi tu lah kan, bila memikirkan bonus bulan Mac nanti dan jugak shift pattern yang sangat best kat sini, membuatkan aku rasa berat jugak nak blah. Dapat bonus nanti at least boleh cover time bini aku nak beranak nanti bulan Mei.

Boleh dikatakan hari-hari LiNA hantar kerja kosong ke email aku. Banyak jugak yang bersesuaian. Aku pun tak tau sama ada aku nie boleh terima atau tidak kerja office hour sebab aku dah dekat 6 tahun kerja shift. Badan aku pun diadaptasi secara sepenuhnya untuk kerja shift.

Shift aku kat sini pattern 3-3, 4-4.
Aku kerja Khamis - Sabtu dan offday Ahad-Selasa.
Then masuk kerja Rabu - Sabtu dan offday Ahad-Rabu.
Best tuh... banyak gila masa.
2 minggu siang, 2 minggu malam.
Mana nak dapat offday yang banyak macam nie kat tempat lain.

Hmm... entah lah labu...
Buat masa nie hadap je lah kerja sekarang nie..
Bulan Mac 09 nanti masuk 2 tahun kat sini.
Nak blah rasa sayang, tapi nak jugak carik kerja gaji lebih.

Kesimpulannya, walaupun hati nie memang rasa nak blah sangat-sangat, tapi buat masa nie tahan je lah...

Kerja lah kat sini setahun dua lagi ke...

Chowsin.

-abang botak-

Friday, 5 December 2008

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tengok orang ada blog aku pun teringin nak ada blog...
Harap-harap aku boleh lah nak update blog aku nie sentiasa...
Jangan hangat-hangat taik ayam udah...

Tengah kerja shif siang nie....
Malam karang nak balik kampung di Kuala Kangsar dgn wife aku...
Isnin nanti raya haji...

Tak sabar nak balik...

Adios...


-abang botak-